happy happy day

blog counter

im so proud of myself.

ooh im super bored! haha
im currently designing a suit..
long sleeves. one piece suit.
ok not really ONE piece lah. but yeah well
it looks like a kimono! wee!
let's seee if i can wear it during raya.
anw. i miss bahas
hehe! yesterdaeee i was like lookng looking at my trophy
and i just dint fancy that NAIB juara word craved onto the metal piece
bah.
haha lets see if i can still remember my script! yay!

Salam hormat saya ucapkan kepada warga dewan sekalian.
(bidasan)
Hadirin sekalian, sudah anda dengar definisi mauduk ini sekarang marilah kita kaitkan definisi ini kepada Singapura 40 tahun yang lalu. Semasa ia sebahagian persekutuan Malaya.

Menurut Encik lee Kuan Yew dalam bukunya, The Singapore Story, "Semua tahu mengapa persekutuan itu penting bagi Singapura. Ia menghasilkan biji timah dan getah yang akan menentukan ekonomi kita terus meluncur. Ia adalah ASAS yang menjadikan Singapura kota GLOBAL. TANPA asas EKONOMI ini, mustahil SIngapura dapat bertakat." Hadirin sekalian, sejarah telah membuktikan betapa BENARNYA tanggapan beliau ini.

Apabila Singapura keluar dari Malaysia, ekonominya goyah. Tambahan pula dengan pengunduran pihak British. Penakatan Singapura mula terancam. Timbul pula pelbagai masalah masyarakat. Pengangguran. Ketidakamanan! Semuanya akara si Ekonomi tu lah!

Hadirin sekalian, ketidakupayaan Singapura MEMENUHI KEPERLUAN rakyatnya telah MERAGUT keutuhan masyarakatnya. Penyelesaiannya?

BANGUNKAN EKONOMI! Undang syarikat-syarikat berbilang bangsa melabur di Singapura. Bangunkan taman perindustrian Jurong. Hadirin sekalian, pemerintah tidak melancar strategi PENGUTUHAN masyarakat sebagai satu keutamaan. Sebaliknya strategi PEMBANGUNAN ekonomi telah diutamakan. Kerana mereka tahu TANPA ekonomi yang mantap mustahil Singapura dapat bertakat.

Menurut Encik LEE Kuan Yew lagi di dalam bukunya lagi, "Masalah pengangguran pada ketika itu amatlah kritikal sekali sehinggakan apabila kilang kapas..." KILANG KAPAS hadirin sekalian.. "hendak dibina.. rakyat begitu ghairah." Kerana ia akan menentukan pekerjaan mereka! Ada pekerjaan, adalah gaji. Ada gaji, anak isteri senang hati!

Juga, pada tahun 60-an, Singapura dilanda BANYAK sekali rusuhan. Rusuhan bas Hock Lee, Rusuhan di situ, Tunjuk Perasaan di sini. Betul tak hadirin sekalian? *pauses* Tetapi! Apakah PUNCA bagi rusuhan2 ini? Biar saya yang beritahu. Puncanya tak lain dan tak bukan EKONOMI! YA! E-K-O-N-O-M-I!

Buktinya, 229 pekerja telah dibuang daripada syarikat bas hock lee. Apa yang terjadi? Mogok lapar! Tunjuk perasaan! Dan akhirnya terjadilah rusuhan bas hock lee!

Dan juga! KOMUNIS! Pada tahun 60-an juga, Singapura tidak dapat menyediakan pekerjaan yang cukup untuk rakyatnya. Pihak komunis telah mengambil faktor kelemahan ekonomi ini untuk mencabar pemerintah. Lihatlah, penakatan singapura terancam dek kelemahan ekonomi!

Maka terbuktilah bahawa pertama, jika ekonomi tidak mantap, mustahil Singapura dapat bertakat. Kedua, hanya dengan adanya ekonomi, bolehlah Singapura dapat bertakat. Dan Ketiga, pembangunan ekonomi telah diberikan LEBIH KEUTAMAAN di Singapura.

Keris sakti terhunus sudah,
Jebat rebah mendakap bumi,
Penakatan Singapura terbukti sudah,
Bergantung lebih kepada ekonomi.

ooh yay! i remember! wee!! proudyy proudy!


-